Articles

Print

Makluman “Roadshow” Pusat Inovasi, Pengkomersilan Dan Perundingan (ICC), Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan Dan Perundingan

Written by Super User. Posted in Makluman/Hebahan

YBhg. Prof. / Tuan/ Puan,
 

“ROADSHOW” PUSAT INOVASI, PENGKOMERSILAN DAN PERUNDINGAN (ICC), PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN, INOVASI, PENGKOMERSILAN DAN PERUNDINGAN


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1.     Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ICC), Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan berhasrat mengadakan “roadshow” di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) bagi menerangkan lebih terperinci mengenai hal ehwal pengkomersilan dan inovasi di kalangan staf fakulti. Berikut adalah maklumat “roadshow” tersebut:

              Tarikh          : 26 Mei 2015 (Selasa)

              Masa             : 2.30 petang

              Tempat         : Bilik Seminar 1 , Aras 1 FPTP

  1.     Sehubungan dengan itu diminta kerjasama YBhg. Prof. / Tuan/ Puan, agar dapat meluangkan masa untuk menghadiri “roadshow” tersebut. Adalah diharapkan perkara ini akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada pihak YBhg. Prof./ Tuan / Puan. Segala kerjasama daripada pihak YBhg. Prof./ Tuan / Puan amatlah dihargai

sekian, terima kasih.


DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,



-----------------------------------------------------------

Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan


Continuing Education Centre  UTHM Holdings  JKP UTHM  Campus Interactive TV (Video on Demand/Live Broadcast/Online Radio)  Perkhidmatan SMS UTHM  Perolehan Tender & Sebutharga  Proforma  Laman Web Versi Mobile  Muat Turun Borang