Print

Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan (Kerja Kursus)

Written by Super User. Posted in Bakal Pelajar

MOD PROGRAM

Secara keseluruhannya, pengajian ini dijalankan melalui kuliah, seminar dan projek sarjana. Beban kredit bagi setiap matapelajaran adalah di dalam limgkungan 3 kredit. Kertas projek kajian atau Projek Sarjana (PS) adalah dalam lingkungan 6-12 kredit. Bagi pelajar Sarjana Pendidikan, mereka akan melalui Projek Sarjana 1 (2 kredit) dan Projek Sarjana 2 (4 kredit). Manakala bagi pelajar Sarjana Kejuruteraan pula, akan menjalani Projek Sarjana Satu Semester sebanyak 12 kredit.

 

 JANGKAMASA PROGRAM

 Sepenuh Masa  : 3 - 7 semester

 Separuh Masa   : 5 - 11 semester

 

SYARAT KEMASUKKAN

  • Ijazah Sarjana Muda* dengan kepujian yang baik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dengan pengalaman dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat;
  • *CPA minima Ijazah Sarjana Muda untuk :- Kerja kursus CPA >2.30 dan Penyelidikan CPA > 2.70.

Kelayakan Lain Yang Boleh Dipertimbangkan:

  • Pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitanbagi yang tidak memenuhi CPA minima 2.30 atau 2.70.
  • Diploma Lanjutan yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda

Kelayakan Minimum Bahasa Inggeris:

  • MUET Band 3 atau
  • TOEFL 500 atau
  • IELTS 5.0

 

Continuing Education Centre  UTHM Holdings  JKP UTHM  Campus Interactive TV (Video on Demand/Live Broadcast/Online Radio)  Perkhidmatan SMS UTHM  Perolehan Tender & Sebutharga  Proforma  Laman Web Versi Mobile  Muat Turun Borang