Print

Sarjana Sains Pengurusan Teknologi (penyelidikan)

Written by Super User. Posted in Bakal Pelajar

MOD PROGRAM

Pengajian ini adalah berasaskan sepenuhnya kepada penyelidikan. Pada setiap semester pelajar perlu mendaftar satu matapelajaran utama iaitu penyelidikan di samping matapelajaran umum universiti dan pra-syarat sekiranya diperlukan. Pencapaian akademik akan dinilai dalam bentuk laporan kemajuan bagi setiap semester berkenaan.

 

 JANGKAMASA PROGRAM

 Sepenuh Masa  : 2 - 6 semester

 Separuh Masa   : 4 - 10 semester

 

SYARAT KEMASUKKAN

  • Ijazah Sarjana Muda* dengan kepujian yang baik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dengan pengalaman dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat;
  • *CPA minima Ijazah Sarjana Muda untuk :- Kerja kursus CPA >2.30 dan Penyelidikan CPA > 2.70.

Kelayakan Lain Yang Boleh Dipertimbangkan:

  • Pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan bagi yang tidak memenuhi CPA minima 2.30 atau 2.70.
  • Diploma Lanjutan yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda

Kelayakan Minimum Bahasa Inggeris:

  • MUET Band 3 atau
  • TOEFL 500 atau
  • IELTS 5.0