Print

Kemudahan atau Perkhidmatan

Written by Super User. Posted in Bakal Pelajar

Ruang Kuliah / Dewan
Sebanyak 8 buah dewan kuliah, 2 buah dewan peperiksaan, 34 buah bilik kuliah, bilik seminar dan dewan teater yang  dilengkapi kemudahan alat bantuan mengajar dan hawa dingin.

Pengangkutan
Perkhidmatan pengangkutan disediakan seperti bas dan van kepada pelajar yang menginap di luar kampus untuk berulang alik menghadiri kuliah setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam.


Kafetaria & Kantin
Kemudahan kafetaria dan kantin juga disediakan untuk staf dan pelajar menjamu selera.


Masjid
Sebuah masjid yang boleh memuatkan 1000 ~ 1200 jemaah untuk kemudahan beribadat.


Bank / ATM

Cawangan Bank Muamalat telah dibuka di dalam kampus disamping kemudahan ATM.


Pejabat Pos Mini
UTHM dengan kerjasama Pejabat Pos Batu Pahat telah membuka sebuah pejabat Pos Mini bagi kemudahan staf dan pelajar untuk kemudahan seperti bayaran bil-bil setempat, kiriman wang, bungkusan, surat berdaftar dan sebagainya.


Sukan & Rekreasi
Diantara kemudahan sukan dan rekreasi di UTHM adalah seperti stadium lengkap dengan trek olahraga, padang bola sepak untuk kegunaan di waktu malam dan siang, padang ragbi, padang hoki, bola jaring, bola baling, bola tampar, sepak takraw, dewan badminton, bola keranjang, squash, lapang sasar memanah dan lain-lain lagi.


Perkhidmatan Kesihatan & Perubatan

Pusat Kesihatan Universiti menyediakan perkhidmatan kesihatan terutama rawatan pesakit luar dan kecemasan. Perkhidmatan ambulan turut disediakan bagi kes-kes kecemasan.


Makmal
Sebanyak 70 buah makmal yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan terkini untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran dan potensi pelajar UTHM dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.


Perpustakaan
Perpustakaan yang mengandungi 87364 judul bahab monograf, jurnal/majalah dan 8476 judul bahan pandang dengar, 154 jurnal dan majalah, 989 tesis, 3239 CD-ROM, 291 mikrofilem, ruang bacaan dan lain-lain. Selain mencari maklumat dari bahan bercetak, perpustakaan ini memberi kemudahan pencarian maklumat elektronik melalui pangkalan data CD-ROM.


Kolej Kediaman
Kolej Kediaman yang dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, kafetaria, bilik rehat, bilik tamu, bilik belajar berkumpulan, perkhidmatan fotostat, kafe siber dan lain-lain lagi.


Kiosk Perkhidmatan Pelajar & Kedai Koperasi

Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah alatulis, cenderamata, peralatan komputer, majalah, kafe siber,  kaunter tiket bas dan akhbar selain daripada barang keperluan harian termasuk makanan dan minuman ringan.


Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya
Perkhidmatan kaunseling dan kerjaya juga diberikan kepada pelajar oleh kaunselor universiti.


Pinjaman dan Biasiswa
Biasiswa dan tabung pinjaman PTPTN yang diuruskan oleh pihak UTHM.

Continuing Education Centre  UTHM Holdings  JKP UTHM  Campus Interactive TV (Video on Demand/Live Broadcast/Online Radio)  Perkhidmatan SMS UTHM  Perolehan Tender & Sebutharga  Proforma  Laman Web Versi Mobile  Muat Turun Borang