Print

Kemudahan atau Perkhidmatan

Written by Super User. Posted in Bakal Pelajar

Ruang Kuliah / Dewan
Sebanyak 8 buah dewan kuliah, 2 buah dewan peperiksaan, 34 buah bilik kuliah, bilik seminar dan dewan teater yang  dilengkapi kemudahan alat bantuan mengajar dan hawa dingin.

Pengangkutan
Perkhidmatan pengangkutan disediakan seperti bas dan van kepada pelajar yang menginap di luar kampus untuk berulang alik menghadiri kuliah setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam.


Kafetaria & Kantin
Kemudahan kafetaria dan kantin juga disediakan untuk staf dan pelajar menjamu selera.


Masjid
Sebuah masjid yang boleh memuatkan 1000 ~ 1200 jemaah untuk kemudahan beribadat.


Bank / ATM

Cawangan Bank Muamalat telah dibuka di dalam kampus disamping kemudahan ATM.


Pejabat Pos Mini
UTHM dengan kerjasama Pejabat Pos Batu Pahat telah membuka sebuah pejabat Pos Mini bagi kemudahan staf dan pelajar untuk kemudahan seperti bayaran bil-bil setempat, kiriman wang, bungkusan, surat berdaftar dan sebagainya.


Sukan & Rekreasi
Diantara kemudahan sukan dan rekreasi di UTHM adalah seperti stadium lengkap dengan trek olahraga, padang bola sepak untuk kegunaan di waktu malam dan siang, padang ragbi, padang hoki, bola jaring, bola baling, bola tampar, sepak takraw, dewan badminton, bola keranjang, squash, lapang sasar memanah dan lain-lain lagi.


Perkhidmatan Kesihatan & Perubatan

Pusat Kesihatan Universiti menyediakan perkhidmatan kesihatan terutama rawatan pesakit luar dan kecemasan. Perkhidmatan ambulan turut disediakan bagi kes-kes kecemasan.


Makmal
Sebanyak 70 buah makmal yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan terkini untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran dan potensi pelajar UTHM dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.


Perpustakaan
Perpustakaan yang mengandungi 87364 judul bahab monograf, jurnal/majalah dan 8476 judul bahan pandang dengar, 154 jurnal dan majalah, 989 tesis, 3239 CD-ROM, 291 mikrofilem, ruang bacaan dan lain-lain. Selain mencari maklumat dari bahan bercetak, perpustakaan ini memberi kemudahan pencarian maklumat elektronik melalui pangkalan data CD-ROM.


Kolej Kediaman
Kolej Kediaman yang dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, kafetaria, bilik rehat, bilik tamu, bilik belajar berkumpulan, perkhidmatan fotostat, kafe siber dan lain-lain lagi.


Kiosk Perkhidmatan Pelajar & Kedai Koperasi

Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah alatulis, cenderamata, peralatan komputer, majalah, kafe siber,  kaunter tiket bas dan akhbar selain daripada barang keperluan harian termasuk makanan dan minuman ringan.


Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya
Perkhidmatan kaunseling dan kerjaya juga diberikan kepada pelajar oleh kaunselor universiti.


Pinjaman dan Biasiswa
Biasiswa dan tabung pinjaman PTPTN yang diuruskan oleh pihak UTHM.

Print

Bantuan Kewangan

Written by Super User. Posted in Bakal Pelajar

SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL
 
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)  adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. 

Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN juga akan menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah.

Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan/khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak. 
 

SYARAT PENYERTAAN 
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.  

Hubungi :
                No. Tel:  03 - 2092 7788 No. Fax:  03 - 2098 6589
                E-mel:    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
  
Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN dengan syarat-syarat berikut:  

  • Ibu bapa berpendapatan keluarga melebihi RM2,000 sebulan perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM3,000; dan 
  • Ibu bapa berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 perlu mempunyai  penabungan tidak kurang daripada RM500.  
  • Pelepasan cukai ke atas simpanan sehingga RM3,000 setahun;  
  • Manfaat perlindungan insurans sehingga RM50,000 serta pampasan/khairat    kematian diberi secara percuma untuk simpanan RM1,000 dan ke atas *;   

            
 
Geran Sepadan 
 

  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **; 
  • Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan; 
  • Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan  
  • Kemudahan menyimpan di lebih 1,400 ejen kutipan SSPN;  

Perlindungan insurans dan pampasan/khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hingga 28 tahun hanya layak diberi pampasan/khairat kematian sahaja.
 
** Keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak Geran   Sepadan apabila anak diterima masuk ke IPT.
 
Geran Sepadan  adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibubapa atau penjaga) yang mempunyai pendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 dan sebulan. Jumlah pemberian Geran Sepadan (maksima RM10,000) akan ditentukan setelah mengambilkira tempoh keahlian SSPN dan jumlah simpanan. Kadar Geran Sepadan akan lebih banyak sekiranya mempunyai simpanan yang lebih tinggi dan tempoh simpanan yang lebih lama.
 
Kelayakan Pemberian Geran Sepadan :- 

Pendeposit mempunyai pendapatan keluarga bulanan tidak melebihi RM2,000; dan
 
Penerima manfaat diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan. 

Keistimewaan:
Premium dibayar oleh PTPTN.
Perlindungan RM ke RM (Dollar to Dollar) sehingga maksima RM50,000 (insurans am) dan RM100,000 (insurans amanah).
Khairat/pampasan kematian untuk pendeposit (RM1,000) dan penerima manfaat (RM500).
 

Syarat:

Had umur pendeposit sehingga 65 tahun.

 Had umur penerima manfaat sehingga 28 tahun.
Pendeposit mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya RM1,000 pada  setiap masa. 
 

 Nota:
  Insurans Am - penerima manfaat yang tinggal bersama ibu bapa/penjaga  dan akaun SSPN dibuka oleh ibu bapa/penjaga. 
  Insurans Amanah - penerima manfaat adalah yatim piatu yang tinggal di rumah anak yatim dan akaun SSPN dibuka oleh pengetua/wakil pengurusan rumah anak yatim tersebut. 

Perlindungan insurans ini tertakluk kepada peraturan Insurans Berkelompok PTPTN.
 
Pembukaan akuan SSPN
Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat di kaunter PTPTN dan semua cawangan ejen kutipan deposit di seluruh negara. Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah: 

  •  Salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit;  
  •  Salinan Sijil Kelahiran/My Kid/Kad Pengenalan Penerima Manfaat; dan
  •  Surat Perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun   bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka)  
  • Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang terkini serta salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan.  

Jumlah deposit minimum bagi tujuan pembukaan akaun dan penambahan deposit ialah sebanyak RM20.00 bagi setiap akaun penerima manfaat yang dinamakan. Penambahan deposit boleh dibuat sebaik sahaja kad keahlian diterima. 

  • Potongan gaji bagi kakitangan Kerajaan dan swasta;  
  • Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa;  
  •  Debit terus (auto debit) - Bank Pertanian Malaysia dan Maybank;  
  • Arahan tetap - Bank Simpanan Nasional; atau  
  • Simpanan secara “online” e-SSPN – khusus bagi pelanggan Bank Islam  Malaysia Berhad, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Public Bank dan Maybank.  
     

PENYATA AKAUN
  Penyata Akaun disediakan dan diposkan ke alamat pendeposit dua kali setahun.
- Tiada buku simpanan disediakan.
- Semua penerima manfaat akan diberikan kad keahlian SSPN.
 
PENGELUARAN
Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas 1 tahun menyimpan.  Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu:-
 1. Pengeluaran 10% daripada baki akaun atau RM500 (mana yang terendah) sekali pada setiap tahun; dan 
 2. Pengeluaran 100% atau penutupan akaun SSPN sekiranya penerima manfaat memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:- 

Diterima masuk ke IPT ; 
Terkeluar daripada sistem pendidikan secara sukarela atau diberhentikan atas sebab-sebab tertentu; 
Sakit berterusan yang tiada peluang untuk sembuh dengan pengesahan doktor perubatan Kerajaan; 
Keilatan kekal dengan pengesahan doktor perubatan Kerajaan; 
Kematian penerima manfaat; atau 
Kematian pendeposit.
 
Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat di ibu pejabat PTPTN dan di semua cawangan agen kutipan deposit di seluruh negara iaitu:
 1. CIMB Bank Berhad;
 2. Bank Pertanian Malaysia (BPM);
 3. Bank Kerjasama Rakyat (BKR);
 4. Bank Simpanan Nasional (BSN); dan
 5. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Penabungan SSPN Melalui Potongan Gaji 
PTPTN memperkenalkan satu lagi cara mudah untuk pendeposit SSPN membuat penabungan iaitu melalui kaedah potongan gaji. Kakitangan awam, badan berkanun dan swasta boleh membuat permohonan untuk membuat potongan gaji bagi simpanan SSPN pada setiap bulan.  Mereka yang berminat untuk membuat penabungan SSPN melalui potongan gaji hendaklah terlebih dahulu mempunyai akaun SSPN yang boleh dibuka di mana-mana agen SSPN atau kaunter promosi SSPN.  Sila klik pada menu di sebelah kiri untuk mengetahui syarat-syarat dan kaedah untuk membuat permohonan potongan gaji bagi Kakitangan Awam (melalui Jabatan Akauntan Negara) dan Kakitangan Badan Berkanun & Swasta (melalui majikan dan Biro Perkhidmatan Angkasa).

SEKIAN HARAP MAKLUM
 
UNIT BANTUAN KEWANGAN MAHASISWA
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR 
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Print

Cara Memohon

Written by Super User. Posted in Bakal Pelajar

CARA MEMOHON DIPLOMA

Permohonan dan pengambilan pelajar Semester I (Jun) diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia secara online di http://www.mohe.gov.my .Iklan tawaran kemasukan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama tempatan. Permohonan serta pengambilan pelajar Semester II (November) diuruskan oleh UTHM melalui iklan kemasukan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar utama tempatan. Maklumat lanjut sila layari laman web http://www.uthm.edu.my.



CARA MEMOHON PROGRAM SARJANA MUDA

Permohonan dan pengambilan pelajar Semester I (Jun) diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia secara online di http://www.mohe.gov.my .Iklan tawaran kemasukan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama tempatan.Permohonan serta pengambilan pelajar Semester II (November) diuruskan oleh UTHM melalui iklan kemasukan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar utama tempatan. Maklumat lanjut sila layari laman web http://www.uthm.edu.my.


Penawaran / Iklan pada 19 Januari 2014 

Tempoh pemohonan: Jan hingga April 2014 

Kemasukan pelajar Semester I 2014/2015 (September 2014)  

Diselaraskan oleh Kementerian Pendididikan Malaysia secara online di http://www.moe.gov.my  .  

Iklan tawaran kemasukan juga disiarkan dalam akhbar-akhbar utama tempatan. 

Keputusan: 12 Ogos 2014 (semakan online UPU  dan Web UTHM

 Daftar masuk: 1 September 2014 


 

CARA MEMOHON PROGRAM PASCA IJAZAH

Borang kemasukan boleh didapati secara muat turun atau dibeli terus di kaunter Pusat Pengajian Siswazah UTHM pada harga RM 5.00 seunit. Permohonan menerusi pos hendaklah di buat dengan disertakan wang pos sebanyak RM 10.00 bagi pemohon tempatan dan RM 30.00 bagi pemohon antarabangsa dalam bentuk wang pos atau kiriman wang atas nama Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sertakan sampul surat beralamat sendiri bersaiz 28cm X 34cm, bersetem RM 2.00 dan dialamatkan kepada  :

Dekan,
Pusat Pengajian Siswazah,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, 
Batu Pahat, Johor.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan dikira gagal. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan menerusi talian telefon : 07-4537757 / 7903 atau fax : 07-4536111 atau emel kepada : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. " data-mce-href="mailto: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. " data-mce-href="mailto: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. "> This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.




Print

Sarjana Sains Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti (penyelidikan)

Written by Super User. Posted in Bakal Pelajar

MOD PROGRAM

Pengajian ini adalah berasaskan sepenuhnya kepada penyelidikan. Pada setiap semester pelajar perlu mendaftar satu matapelajaran utama iaitu penyelidikan di samping matapelajaran umum universiti dan pra-syarat sekiranya diperlukan. Pencapaian akademik akan dinilai dalam bentuk laporan kemajuan bagi setiap semester berkenaan.

 

 JANGKAMASA PROGRAM

 Sepenuh Masa  : 2 - 6 semester

 Separuh Masa   : 4 - 10 semester

 

SYARAT KEMASUKKAN

  • Ijazah Sarjana Muda* dengan kepujian yang baik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dengan pengalaman dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat;
  • *CPA minima Ijazah Sarjana Muda untuk :- Kerja kursus CPA >2.30 dan Penyelidikan CPA > 2.70.

Kelayakan Lain Yang Boleh Dipertimbangkan:

  • Pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan bagi yang tidak memenuhi CPA minima 2.30 atau 2.70.
  • Diploma Lanjutan yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda

Kelayakan Minimum Bahasa Inggeris:

  • MUET Band 3 atau
  • TOEFL 500 atau
  • IELTS 5.0

 

Print

Sarjana Sains Pengurusan Teknologi (penyelidikan)

Written by Super User. Posted in Bakal Pelajar

MOD PROGRAM

Pengajian ini adalah berasaskan sepenuhnya kepada penyelidikan. Pada setiap semester pelajar perlu mendaftar satu matapelajaran utama iaitu penyelidikan di samping matapelajaran umum universiti dan pra-syarat sekiranya diperlukan. Pencapaian akademik akan dinilai dalam bentuk laporan kemajuan bagi setiap semester berkenaan.

 

 JANGKAMASA PROGRAM

 Sepenuh Masa  : 2 - 6 semester

 Separuh Masa   : 4 - 10 semester

 

SYARAT KEMASUKKAN

  • Ijazah Sarjana Muda* dengan kepujian yang baik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dengan pengalaman dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat;
  • *CPA minima Ijazah Sarjana Muda untuk :- Kerja kursus CPA >2.30 dan Penyelidikan CPA > 2.70.

Kelayakan Lain Yang Boleh Dipertimbangkan:

  • Pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan bagi yang tidak memenuhi CPA minima 2.30 atau 2.70.
  • Diploma Lanjutan yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda

Kelayakan Minimum Bahasa Inggeris:

  • MUET Band 3 atau
  • TOEFL 500 atau
  • IELTS 5.0

 

Continuing Education Centre  UTHM Holdings  JKP UTHM  Campus Interactive TV (Video on Demand/Live Broadcast/Online Radio)  Perkhidmatan SMS UTHM  Perolehan Tender & Sebutharga  Proforma  Laman Web Versi Mobile  Muat Turun Borang