Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Print

FPTP

Written by Super User. Posted in Featured articles

 Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan UTHM.

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan(FPTP) telah ditubuhkan pada 20 Jun 2001. Ia adalah sebagai memenuhi aspirasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menerajui aplikasi sains dan teknologi serta melahirkan ahli professional dan teknologi yang berdaya saing yang dapat memenuhi kehendak industri.

Terdapat empat (5) Jabatan di FPTP iaitu:-

  • Jabatan Pengurusan dan Teknologi (JPT).
  • Jabatan Pengurusan Pengeluaran & Operasi (JPPO)
  • Jabatan Pengurusan Harta Tanah (JPHT)
  • Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP)
  • Jabatan Pengurusan Perniagaan (JPB)

Kelima-lima buah jabatan ini berperanan untuk melaksanakan program bagi peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).Jabatan-jabatan ini komited dalam menyediakan serta menyusun kurikulum yang mantap bagi program-program yang ditawarkan. Ia bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan bagi menghadapi cabaran serta perubahan teknologi dalam persekitaran perniagaan global.

Objektif Fakulti ini adalah:-

  • Menawarkan program yang dapat memenuhi kehendak sektor awam dan juga swasta.
  • Menjadi pusat kecemerlangan, rujukan, kajian dan juga perundingan dalam bidang Pengurusan Teknologi unggul di rantau ini.
  • Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif yang dilengkapi kemudahan terkini serta staf akademik yang dinamik.

© Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2012. Hak cipta terpelihara. Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan. Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.

Continuing Education Centre  UTHM Holdings  JKP UTHM  Campus Interactive TV (Video on Demand/Live Broadcast/Online Radio)  Perkhidmatan SMS UTHM  Perolehan Tender & Sebutharga  Proforma  Laman Web Versi Mobile  Muat Turun Borang